Tuesday, October 27, 2015

Design Kurta

Assalamualaikum..
Hello everyone!!!!!!!!!

Harini saya nak tunjuk gambar jenis jenis kurta. Maksudnya kurta pelbagai design laaaaaaa. Let's go!! Hmmm eh eh. Sebelum tu, semua orang tahu kan kurta adalah pakaian tradisional bagi kaum lelaki di majlis rasmi mereka dan juga ia merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut dan lazimnya diperbuat daripada kain kapas atau linen.

Tapi...... Sekarang pun baju kurta ni famous di Malaysia kan? Kaum lelaki memakai diwaktu sembahyang, kenduri kenduri dan malah ada juga yang pakai ketika berjalan jalan di luar. Ada juga mengenakan baju kurta ini bersama seluar jeans. Best kan? Sebab selesa, bebas bergerak sebab dia longgar longgar gituwww. Kain yang digunakan pun tidak la begitu panas. Sesuai dipakai bila bila sopan pun sopann kan hehehee.







Haaa. Pelbagai design dibahagian depan baju kurta. Ada yang ada poket ada juga kosong tiada poket.




Atas ni kurta bercorak, dibahagian depan. Cantikkkk. takde lah bosan kosong plain je kan kan? Hehe



Tuesday, October 20, 2015

Bahagian

Hello assalamualikum, hmm apa eh nak tunjuk? jom je laa view gambo ni hah ;) Lets go!

Siapa siapa yang datang ke kedai pakcik ni cnfirm jumpa kurta ni yang tengah bergantung. Kurta ni diguntung bukan apa, supaya senang lah orang nak tengok dan tahu bagaimana bentuk kurta tersebut dan pada setiap jahitan kurta ini.

Haa ni bahagian leher baju kurta. Ni cekak musangkan orang panggil. Ye idok? 

Pada bahagian butang. Ada 3 butang tau baju kurta ni

 Pada bahagian poket. Poket baju kurta ada dibahagian kiri je tau. 

Pada bahagian lengan baju kurta. Sangat kemas jahitan ni

Haa, baju kurta ni ada poket dibahagian bawah tepi belah kiri. 




Monday, October 19, 2015

Menjahit

Hello!! Haritu cerita last post saya, saya cerita pasal apa ye? Haa ya! pasal kain yang digunakan oleh organisasi saya ni. And sekarang saya nak tunjuk makcik yang comel loteh ni menjahitttt! Hahah. Haihhhh. Cantik dan kemas sungguh jahitan makcik ni. Memang berbaloi kalau beli oiii. Material kain dia pun best. Superbbbb hehe.



...............................................................................................................................................................

Semasa temubual tentang fabrik yang digunakan

Pelbagai warna dan jenis jenis kain yang berlainan



Wednesday, October 14, 2015

#fabrika

Hai selamat datang ke FR Kurta blog! Haritu saya pergi kedai dimana kurta ini dibuat. Pergi dengan menaiki teksi Pak Dian Sampai sampai je pakcik jaafar cakap telefon. Busy beno hah. Haha isteri pakcik jaafar pun ada, tengah menjahit baju. Isteri pakcik jaafar ni pun baru je pertama kali jumpa dengan beliau masa yang memula datang dulu makcik ni takde pun kat kedai. Tu yang tanya makcik memang selalu ada kedai ke, makcik tu jawab ''kena ada, pakcik ni kalau takde makcik tak nak pergi kedai'' haha, sweet gitu. Sembang punya sembang lepastu saya tanya anggaran baju kurta yang pakcik ni jual.

Untuk baju kurta (yang siap sekali kain) = RM100+
Untuk baju kurta (bawak kain sendiri) = RM75

Okay lah kan harganya. Alaa kain bukan kain murah. Kain yang sedap dan selesa untuk pelanggan jugak :) Sekarang ni pun pakcik ni busy dok pulun siapkan orang punya tempahan. Kalau korang yang berminat tu, nak tempah untuk ayah, atok, bapa sedara atau boypreng boleh jaaa..... Pi alamat yang tertera dibawah ini : 

No. 6, Blok A, Medan Mara, Jalan Melayu, 41000 Klang, Selangor Darul Ehsan.

Selalunya pakcik ni mendapatkan fabrik di KAMDAR, JAKEL, JALAN TAIPING dll.
Jenis kain yang mereka gunakan COTTON, SATIN, KOSHIBO, S.B LINE dll.

Taraaa! Ni lah sample sample kain yang digunakan untuk menjayakan baju kurta!



Tuesday, October 13, 2015

#JcManswear

Fuhhhhh. Akhirnya saya dapat pergi ke kedai pakcik Jaafar. Ayah angkat haha sangat, semalam saya dah pergi jumpa pakcik ni, tapi baru nak update lorh blognya. Walaupun pakcik dan makcik sibuk dengan tempahan baju baju dia tetap melayan dengan mesra :D

JC MANSWEAR

Jenis jenis fabrik dan color yang pelbagai.


Tuesday, October 6, 2015

Projek apoo?

Assalamualaikum, jawab lah tak jawab dosa haha lawak sangat. Okay harini nak habak mai pasal produk apa yang saya nak buat dalam subjek TXD569 ni... Yang di ajar oleh...... Puan Nidaaa :) Memula macamni, tugasan yang kita orang dapat ni kena mencari satu industri yang menghasilkan barang tekstil, dia lah yang jahit dan dia lah yang jual. Contohnya macam kasut, beg, baju kebaya, baju kanak kanak dan sebagainya. Banyak lagi lah, kalau pasal pembuatan sofa pun boleh jugak, dikira tekstil lah tu. Senang cerita semua yang berkaitan dengan fabrik semua dipanggil tekstil. 

So bila dapat tugas ni macam terpinga pinga jugak lah nak buat apa haha. Jadi bila diberi peluang untuk mencari tukang jahit, area sini je try ronda ronda, kat pekan klang haa. Pastu jumpa satu kedai tak besar tak kecil lah, nampak lah dari luar kedai tu dia gantung baju baju lelaki. Saya pun melangkah masuk mencobaaa nasibbb. Bila masuk tu dah cerita dengan pakcik tu dan bertanya apa yang patut pakcik tu okay, dia tak kisah. Ramah beno pakcik tu, kelakar pulak tu haha dia bekas pelajar UiTM Shah Alam katanya. Ambil kos fashion wuuu terkejut dengar dia ada tanye jugak lecturer ni ada lagi tak (nama apa entah dah lupa) saya tak kenal lah sebab lecturer fashion kan mano kenal. Ada lah kenal jugak sesetengah tu sebab saya ada ambil elektif commercial fashion illustration semester lepas. Hm lepas dah selesai dan minta bisness card pakcik tu saya minta diri dan balik pulang ke kolej. 

Bila balik tu baru pikir yang mana nak buat dan saya memilih untuk buat kurta. Eh eh eh selain kurta ada juga jubah lelaki, baju melayu, seluar, baju kemeja. Saya berminat dengan kurta sebab bagi saya ia menarik tapi kena pikir juga macam mana kita nak inovasi kan produk pakcik tu... Kita kena create lah own design kitooooo oii. 

Ni lah pakciknya...... Amboi tengah syok sembang time ni huhu

Antara baju baju yang pakcik tu juai

Jeng jeng jeng.......... 

In Shaa Allah saya akan design molek kurta saya ni.. Okaylah cukup rasanya sampai sini. Okbye bye!